Sabtu, 20 Julai 2013

20 produk pelangsing badan disenarai hitam

baru aku tau..produk yang disenarai hitam oleh kerajaan..tu lah..banyak sgt ownk nak cube produk kecantikkan..nak jadi kurus lah..nak jadi putih lah..senang je..nak kurus..nak muka lawa..ambil air sembahyang...sembahyang..lg afdal...ni aku nak kongsi ngan korang ape produk yang disenarai hitamkan....

Lebih 20 produk pelangsing badan disenarai hitam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak 2010 selepas dikesan mengandungi bahan kimia beracun sibutramine termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail (gambar) berkata, produk mengandungi kimia berbahaya sibutramine sudah sekian lama berlegar di pasaran sebagai makanan kesihatan.
Menurutnya, kimia sibutramine itu diharamkan dalam kaedah perubatan berikutan boleh mendatangkan kesan mudarat kepada kesihatan termasuk kesan tidak siuman dan semput kronik.
“Sepanjang tahun lalu, sebanyak lapan produk kesihatan dirampas Bahagian Penguat kuasa Farmasi (BPF) selepas didapati mengandungi kimia sibutramine ini.
“Bagi tahun ini pula, dua produk kesihatan turut diambil tindakan sama selepas ujian makmal turut menemui kehadiran kimia berbahaya ini,” katanya.
Menurutnya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik.

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
•Kinto
•Body Beaus
•BMI-9 Xylimming Capsule
•Senna Plus Capsule
Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
•Lami
Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
•Obexlim
•Slimax Coffee
•Beaute Fit Body Contour
•Body Trimz
Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
•357 Nasal Spray
Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
•Makjun Taufiq Dua Istimewa
•Majun Dua Istimewa
•Ginseng Jin Fui Wan
•Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
•Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
•Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
•Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
•Makjun Syafiq 3 Istimewa
•Reepo
Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
•Air Ikan Haruan
Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
•Eriesya Spa Beauty Cream
•Atika Beauty Renewal Cream
•Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
•Ratna Sari Whitening Night Cream
•Tia Amelia Krim Jeragat
•Chantique Whitening Night Cream
•RZAC White Pearl Cream
•Nuriz Day and Night Cream
•Elite Rias Er Cream
•R&Z Whitening Night Cream
•Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
•Pigmentation Recovery Complex
•Zara Rejuvenation Cream
•Natasya Krim Herba Gold
•De Putih Night Cream
Produk tradisional berdaftar ada antihistamin
•Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill
Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
•Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
•Qian Tong Dan
•Raja Ubat Resdung
•Coral Plus UA 350MG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan